Ramadhan Bulan Detoks - Nyah Toksin

Alhamdulillah... Kita semua masih dipertemukan lagi dengan bulan Ramadhan yang penuh keberkatan dan penuh rahmat ini. RAMADHAN TIBA LAGI! Bagi umat Islam, Ramadhan merupakan bulan yang dinantikan kerana selain berpuasa membersihkan dosa, menyucikan jiwa, Ramadhan juga dilihat sebagai bulan untuk menyahtoksin daripada tubuh. Berpuasa sangat baik dalam membantu tubuh menyingkirkan pelbagai 'racun' yang berkumpul di dalam badan. Berpuasa sebenarnya memberi peluang kepada organ pencernaan seperti perut, usus, pankreas dan hati untuk melakukan kerja-kerja pembersihan di samping membaik pulih bahagian yang rosak disebabkan pelbagai makanan harian kita.

Hasilnya ia mampu melapangkan kesan sumbatan pada dinding saluran pernafasan dan pemakanan. Bekalan oksigen yang lebih banyak menyebabkan sel-sel lebih bertenaga.


Detoks Ketika Puasa
=================


Ramadhan adalah bulan terbaik untuk detoks kerana kita dikehendaki untuk menahan lapar dan dahaga bermula terbit fajar sehinggalah terbenam matahari. Ketika inilah sistem penghadaman kita melakukan proses detoks dan inilah salah satu daripada hikmah berpuasa yang masih ramai orang yang tidak tahu.

Allah mensyariatkan sesuatu kepada kita bukan sekadar untuk melatih kekuatan mental dan fizikal tetapi juga nikmat kesihatan yang hebat. Kebanyakan daripada kita sudah mindset yang berpuasa itu memenatkan sehinggakan tidak boleh bersukan ataupun melakukan kerja-kerja berat. Tapi sebenarnya tidak. Badan kita cukup kuat untuk semua itu dengan syarat, kita bangun bersahur dan berbuka puasa pada waktunya.

Proses detoks boleh membantu proses pembersihan toksin secara semulajadi dengan:
  • Merehatkan organ-organ dengan berpuasa.
  • Merangsang hati untuk menyingkirkan toksin dari badan.
  • Menggalakkan penyingkiran toksin melalui usus, buah pinggang dan kulit.
  • Memperbaiki peredaran darah.
  • Memperbaiki sistem nutrisi di usus.

Sepanjang berpuasa:
  • Karbohidrat dalam badan digunakan sebagai sumber tenaga
  • Metabolisme badan semakin perlahan untuk kegunaan sistem badan
  • Gula dalam darah menurun

KELEBIHAN BERPUASA TERHADAP KESIHATAN



10 Kebaikan Kesihatan Bila Berpuasa
  1. Kurang berat: Kenapa? Kerana susah untuk memenuhi keperluan kalori seharian dengan tiga hidangan (berbuka, makan malam dan sahur).
  2. Kawalan diri: Puasa mengajar kita untuk mengawal pelbagai godaan kehidupan termasuk nafsu makan, merokok dan lain-lain. Dalam usaha anda untuk kawal berat badan, kawalan nafsu makan memang mustahak.
  3. Kurangkan gula dalam darah. Ini kerana pengambilan gula (glukos) yang tersekat dari sahur hinggalah berbuka (lebih kurang 14 jam), ini menstabilkan bukan sahaja glukos darah tapi juga tingkatkan kepekaan (sensitivity) insulin.
  4. Kolesterol: Bantu dalam kurangkan kolesterol LDL (low density lipo-protein) dengan meningkatkan kolesterol HDL (high density lipo-protein) dan juga dengan kurangnya berat badan sepanjang bulan puasa.
  5. Kurangkan tekanan darah: Puasa memang sesuai untuk kurangkan hypertension (tekanan darah tinggi). Pengurangan tekanan darah adalah hasil gabungan 1) tahap insulin yang lebih rendah 2) glukos darah yang lebih konsisten dan kekurangan water retention.
  6. Ubah gaya hidup: Tanpa kewajipan berpuasa, saya rasa memang sukar untuk kita mengubah tabiat-tabiat buruk. Puasa sebulan memberikan peluang keemasan untuk membuang tabiat-tabiat yang kurang elok seperti merokok, makan berlebihan dan lain-lain.
  7. Rehat: Ini penting. Lantas kehidupan dunia ini makin pantas dan jarang memberi ruang untuk kita rehatkan badan. Puasa bukan sahaja rehatkan sistem penghadaman tapi juga dapat rehatkan minda dan badan.
  8. Bantu buang ketagihan: Ingin buang tabiat merokok, minum kopi berlebihan dan lain-lain? Jangan sia-siakan peluang berpuasa sebulan untuk mengambil langkah pertama…Ibadat puasa, tilawah, berzikir yang dilebihkan pada bulan puasa dapat mengalih fokus dan kurangkan stres dan sememangnya menyenangkan.
  9. Kawal stres: Ketenangan dan pengubahsuaian fokus utama kehidupan daripada duniawi kepada akhirat bantu kurangkan stres! Ibadat puasa, tilawah, berzikir yang dilebihan pada bulan puasa dapat mengalih fokus dan kurangkan stres dan sememangnya menyenangkan disamping dapat pahala, insyallah.
  10. Lain-lain: Selain kelebihan di atas, berpuasa sepanjang bulan ramadhan atau puasa sunat mempunyai pelbagai kelebihan lain untuk diri, kesatuan keluarga, mengeratkan silaturrahim dan lain-lain lagi.
Petikan daripada http://kevinzahri.com/health-fitness/10-kelebihan-kesihatan-puasa-ramadhan/


Comments

Popular posts from this blog

Tips Bahagikan Masa Bagi Ibu yang Bekerja dan Buat Bisnes Sampingan