4 Jenis Makanan yang Dapat Mengurangkan Rasa Letih

4 Jenis Makanan yang Dapat Mengurangkan Rasa Letih
Berikut adalah 4 jenis diet yang anda boleh amalkan untuk mengembalikan kesegaran dan kecergasan tubuh anda.
1) Bijirin Oat

Oatmeal atau mil oat dianggap sebagai makanan super kerana kemampuannya dalam menjaga kesihatan pencernaan. Atas sebab itu, banyak amalan perubatan dan nutritionist yang menggalakkan pesakit diabetes mengambil oatmeal, terutama bagi membantu menjaga kadar gula darah supaya berada pada paras normal. Kerana keperluan kandungan serat yang tinggi ini penting bagi pesakit diabetes, Alfalfa juga boleh diambil sebagai pilihan selain makanan yang berserat tinggi lain.
Selain kandungan serat yang tinggi, oatmeal yang menyediakan magnesium, protein dan fosforus, tiga nutrient yang signifikan dan secara langsung mempengaruhi tahap tenaga, menjadikannya sebagai makanan ideal untuk memerangi keletihan. Oatmeal juga merupakan sumber vitamin B1 (tiamin), yang berperanan penting dalam penghasilan tenaga oleh badan.
2) Yogurt

Teksturnya yang lembut, membuatkan yogurt dapat diproses dengan cepat oleh tubuh menjadi tenaga berbanding makanan padat. Ia mengandungi probiotik- bacteria baik yang membantu mempertahankan ekosistem usus agar sentiasa sihat dengan melindunginya dari pathogen dan membantu tubuh menyingkirkan bacteria berbahaya.
Kajian terbaru Universiti Toronto menunjukkan probiotik dapat membantu mengurangkan gejala keletihan kronik dengan meningkatkan kadar asid amino triptofan pada otak. Triptofan dikenali sebagai pemangkin serotonin, suatu neurotransmitter yang membantu merangsang tidur dan mempromosikan perasaan tenang, membantu mengatasi keletihan sama ada dari segi fizikal dan emosi.
3) Bayam

Bayam penuh dengan kandungan nutrient penting yang membantu melenyapkan keletihan. Sayuran ini tidak hanya menjadi sumber terbaik daripada segi sumber zat besi, tetapi juga sangat kaya dengan magnesium dan kalium. Zat besi memainkan peranan secara langsung dan penting dalam menghindari keletihan. Kadar zat besi yang rendah dalam tubuh menyebabkan keletihan baik daripada aspek fizikal dan mental serta anemia.
4) Kekacang Dan Biji-bijian

Biji labu, badam, kacang gajus dan kacang hazel mempunyai semua sumber magnesium yang membantu melawan keletihan otot. Kandungan triptofan yang banyak ditemui dalam biji bijan, biji bunga matahari, biji labu, biji gajus, walnut dan badam berfungsi melawan keletihan emosi yang secara langsung membantu meringankan keletihan fizikal.
Akar Masalah Keletihan Adalah Kekurangan Nutrisi Dalam Tubuh. Selesaikan Isu Ini Terlebih Dahulu.
Badan yang letih dan kurang bertenaga adalah salah satu isyarat yang cuba diberi oleh tubuh bahawa kita kekurangan nutrisi sehingga menyebabkan tubuh lesu.
Makanan tambahan seperti supplemen semulajadi Shaklee adalah salah satu pilihan untuk kita mempertingkat kuantiti nutrisi dalam badan supaya kita kembali sihat, bertenaga dan ceria.
Jangan ambil remeh tentang perkara ini. Beberapa kombinasi vitamin mungkin akan menyelesaikan masalah kita.
Salah satu alternatif paling berkesan. Cubalah kombinasi supplemen seperti berikut:
Vitalea Iron Formula
B-Complex
Vitamin C
Ostematrix (Calcium-Magnesium)
Energizing Soy Protein
Supplemen ini sangat sesuai diambil oleh Ibu Mengandung & Ibu Menyusu serta sesiapa sahaja baik lelaki mahu pun perempuan. Jangan Bimbang! Ianya semulajadi,selamat dan mendapat endorsement dari FDA.
Jangan biarkan diri anda terus berada dalam keletihan dan tidak bertenaga kerana terlalu berkira-kira untuk membelanjakan wang anda ke arah gaya hidup yang lebih sihat dan kekal bertenaga.
Bila anda sihat, orang yang sayang disekeliling anda juga bahagia! Bagi yang sudah berumahtangga, pasti suami anda akan terkejut kerana anda kekal bertenaga sepanjang hari! Semakin hari para suami semakin sayang!
Comments
Post a Comment