Posts

Showing posts from May, 2020

TIPS TURUNKAN PARAS KOLESTROL DENGAN CEPAT DAN SELAMAT SEBELUM BERGANTUNG KEPADA UBAT SEPANJANG HAYAT

Image
Masalah kolestrol tinggi dalam darah semakin terkenal di abad ini kerana gaya hidup kita yang tidak sihat. Paras kolestrol yang tinggi sangat membimbangkan kita. Jadi, bagaimanakah cara penyelesaiannya? Apakah tindakan kita untuk menurunkan paras kolestrol dalam darah? Semestinya ia perlulah datang dari HATI dan KEAZAMAN yang kuat untuk mengubah gaya hidup dan corak pemakanan kita. Kolestrol yang tinggi boleh mengakibatkan salur darah tersumbat Tanda-tanda Dan Gejala Kolestrol Tinggi. Masalah pernafasan Sakit dada Pening Denyutan jantung yang tidak tetap Loya & Muntah-muntah Kebimbangan melampau Pedih ulu hati Berpeluh dingin Apakah itu kolestrol? Kolestrol adalah zat (sterol) seperti lemak dalam darah. Kolestrol dihasilkan daripada makanan dan ia juga dihasilkan oleh tubuh kita. Untuk makluman, kolestrol membantu menghasilkan sel-sel baru dan beberapa hormon. Tetapi ia mendatangkan masalah sekiranya berlebihan di dalam darah. Tahukah anda terdapat Kolestrol Baik dan Kolestrol Jaha...

Ramadhan Bulan Detoks - Nyah Toksin

Image
Alhamdulillah... Kita semua masih dipertemukan lagi dengan bulan Ramadhan yang penuh keberkatan dan penuh rahmat ini. RAMADHAN TIBA LAGI! Bagi umat Islam, Ramadhan merupakan bulan yang dinantikan kerana selain berpuasa membersihkan dosa, menyucikan jiwa, Ramadhan juga dilihat sebagai bulan untuk menyahtoksin daripada tubuh. Berpuasa sangat baik dalam membantu tubuh menyingkirkan pelbagai 'racun' yang berkumpul di dalam badan. Berpuasa sebenarnya memberi peluang kepada organ pencernaan seperti perut, usus, pankreas dan hati untuk melakukan kerja-kerja pembersihan di samping membaik pulih bahagian yang rosak disebabkan pelbagai makanan harian kita. Hasilnya ia mampu melapangkan kesan sumbatan pada dinding saluran pernafasan dan pemakanan. Bekalan oksigen yang lebih banyak menyebabkan sel-sel lebih bertenaga. Detoks Ketika Puasa ================= Ramadhan adalah bulan terbaik untuk detoks kerana kita dikehendaki untuk menahan lapar dan dahaga bermula terbit fajar sehinggalah terbe...

Faktor-faktor yang menjadi penyebab kolestrol tinggi di dalam darah.

Image
Pemakanan yang tidak sihat . Diet tinggi kolestrol seperti organ dalaman, telur dan makanan laut merupakan menu kegemaran yang biasa dilihat di kalangan pesakit yang mengidap penyakit hiperkolestrolemia. Tabiat merokok . Menurut kajian, sejenis bahan kimia yang terkandung di dalam rokok iaitu acrolein boleh merencat tindakan kolestrol baik untuk mengangkut kolestrol di dalam darah ke hati untuk disimpan. Kurang melakukan aktiviti fizikal atau bersenam. Tabiat ini di dapati dapat meningkatkan paras kolestrol jahat (LDL) dan menurunkan paras kolestrol baik (HDL) di dalam darah. Menghidap penyakit kronik Menghidap masalah organ Menghidap penyakit tiroid. Obesiti. Tabiat mengambil minuman keras

Pengedar Shaklee Kuantan , Pekan, Gambang, Indera Sempurna

Image
Kenapa Awak perlu cari saya?? Sebab 👉 ✔ Saya boleh Bantu awak sihat ✔ Ajarkan bagaimana gaya hidup sihat ✔ Bantu selesaikan masalah kesihatan awak ✔ Bantu ibu-ibu hamil, ibu-ibu menyusu. ✔ Bantu awak yang Ade masalah period tidak teratur, emosi tak stabil ✔ Saya boleh ajar awak detoks semua toksin dalam badan awak.. Awak nak beli Supplement daripada saya?? Saya boleh 👉 ✔Poskan untuk awak sekiranya jauh ✔Sekiranya dekat, saya boleh COD je depan pintu Rumah awak... ✔ Konsultasi PERCUMA daripada saya 😊 kan mudah tu... Ape?? Awak nak Murah & Jimat? Awak bolehlah 👉 ✔ Daftar sebagai ahli Shaklee di bawah saya. ✔ Ade group di facebook & Whatsapp untuk support bisness awak.. Awak tak nak buat Bisnes pun tidak mengapa.. Awak boleh juga daftar ahli untuk tujuan makan sendiri dan makan bersama keluarga juga. Tiada paksaan pun.. Matlamat utama saya, untuk ajak semua orang sihat dengan cara yang betul dan selamat. Awak nk tahu details lg? ✔ Whatsapp sy cepat2 lah 014-8444220 Hubungi say...

Impian pada Masa Akan Datang

Image
Duduk rileks petang-petang ni terfikir pulak... Apa yang berlaku pada saya 20 tahun nanti ? Adakah saya masih hidup / dah xde di Dunia ni.. Adakah saya sudah menjadi seorang yang kaya dan berjaya? Adakah saya masih di takuk lama lagi? Adakah saya jadi seorang yang malang pada ketika itu? Nauuzubillahiminazzaalik... Umur sekarang dah menjangkau 30 tahun.. 20 tahun lg umur dah 50 tahun weh! Apa yang saya harapkan 20 tahun lagi ialah diberi Kesihatan yang baik, masih cergas & bertenaga.. Untuk ape sihat & bertenaga tu?? Mudah-mudahan diberi kekuatan untuk beramal Ibadah kepada Allah, kumpul banyak kebaikan & perbanyakkan Amal kebajikan. Lagi?? Ape yang saya harapkan 20 tahun lagi? Masa tu saya: ✔ sudah menunaikn haji & umrah ✔ saya nak Ade kereta besar.. senang nk muat anak-anak ramai 😅 ✔ saya nak Ade 4 biji Rumah.. mana tahu kot2 nanti rumah tu boleh Di wakafkan jadi Rumah kebajikan anak-anak yatim ke rumah bagi pelajar-pelajar tahfiz ke.. ✔ saya nak semua pinjaman-pinja...

Tips Bahagikan Masa Bagi Ibu yang Bekerja dan Buat Bisnes Sampingan

Image
Kerja lagi.. Bisness lagi... Anak2 & Suami lagi... Macam mana nak uruskan & bahagikan masa tu? Ade lah Jgk bunyi2 kt belakang tu.. Sebenarnya bukan penghalang pun kan.. Nak seribu saya, xnak seribu dalih... Ape yg penting, kena pandai uruskan masa la.. Nampak ddk dgn phone 24jam.. Sambil2 promote product, kita boleh je tunggu nasi masak,tunggu kain siap basuh... Dok lipat kain pun,kita boleh lagi reply whatsapp customer... Semuanya kt hujung jari dah sekarang ni... xperlu g ketuk pintu dr Rumah ke Rumah... Ddk diam2 dlm Rumah sambil golek2 dgn anak pun boleh dpt order.. Keje kt sekolah buat kt sekolah la kan.. Satu lg, kalo xnak pgg phone sokmo, boleh setting time siap2 guna buffer utk post promote BRG kt FB & page.. Balik je dr sekolah bereskan ape yg patut..Lepas tu baring je sambil update status...kikikiki Mlm2 pun sama..bereskan dulu ape yg patut Lepas tu boleh ler promote product kita...hihihi Enjoy je buat Bisness mcm ni...

Tips Tingkatkan Tenaga Supaya Sentiasa Digelar SuperMak!

Image
Ramai ibu-ibu di luar sana merungut kepenatan dengan tugasan harian yang mereka lakukan. Mahu ke tak, dah memang menjadi tanggungjawab mereka menguruskan rumahtangga, menguruskan makan pakai anak-anak dan suami. Tambahan lagi, bagi ibu-ibu yang bekerja. Mereka terpaksa menguruskan rumahtangga di rumah dan menyelesaikan juga kerja-kerja di pejabat. Ada juga di kalangan ibu bekerja yang merungut kepenatan, badan menjadi letih lesu dan tidak bermaya dan ada juga yang bila pulang dari kerja memang dah tidak larat untuk buat apa-apa tugasan di rumah. Bagaimana nak hasilkan kerja yang berkualiti kalau badan kita sentiasa lemah dan penat? Ada juga di kalangan ibu yang mengutamakan kerja dan tanggungjawab mereka tanpa mempedulikan kesihatan mereka yang makin terjejas. Tindakan seperti itu adalah tidak wajar sama sekali. Ibu mestilah bijak menguruskan tanggungjawab harian dan dalam masa yang sama perlu juga menitik beratkan kesihatan diri mereka. Ketahui Punca Badan Lemah, Cepat Letih dan Cepat...

4 Jenis Makanan yang Dapat Mengurangkan Rasa Letih

Image
4 Jenis Makanan yang Dapat Mengurangkan Rasa Letih Berikut adalah 4 jenis diet yang anda boleh amalkan untuk mengembalikan kesegaran dan kecergasan tubuh anda. 1)  Bijirin Oat Oatmeal atau mil oat dianggap sebagai makanan super kerana kemampuannya dalam menjaga kesihatan pencernaan. Atas sebab itu, banyak amalan perubatan dan nutritionist yang menggalakkan pesakit diabetes mengambil oatmeal, terutama bagi membantu menjaga kadar gula darah supaya berada pada paras normal. Kerana keperluan kandungan serat yang tinggi ini penting bagi pesakit diabetes, Alfalfa juga boleh diambil sebagai pilihan selain makanan yang berserat tinggi lain. Selain kandungan serat yang tinggi, oatmeal yang menyediakan magnesium, protein dan fosforus, tiga nutrient yang signifikan dan secara langsung mempengaruhi tahap tenaga, menjadikannya sebagai makanan ideal untuk memerangi keletihan. Oatmeal juga merupakan sumber vitamin B1 (tiamin), yang berperanan penting dalam penghasilan tenaga oleh badan. 2) Yogurt...

KHASIAT SALAD

Image
Ramai dikalangan kita yang sangat gemar dengan sajian menu salad  terutamanya bagi mereka yang amat cintakan makanan organik dan vegeterian . Tetapi masih ramai juga yang tidak gemar memakan salad kerana mereka tidak tahu tentang khasiat yang ada pada salad buah dan sayuran. Selain enak,salad juga mempunyai banyak khasiat dan manfaatnya yang tersendiri dan bertindak sebagai agen diet paling berkesan. Enak dimakan begitu sahaja atau dimakan bersama sos mayonis dan buah-buahan segar adalah pilihan bijak bagi mereka yang mahu langsing dengan cepat. Tidak cukup dengan berlapar, cara pengambilan makanan juga membantu mempercepatkan diet anda berkesan dengan jayanya. Pengambilan pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan vitamin, mineral serta antioksidan selain air ternyata penting untuk menjaga kesihatan badan. Justeru, menyediakan hidangan salad yang ditambah dengan pelbagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan yang berkhasiat adalah antara langkah paling mudah serta...

BADAN LEMAH DAN CEPAT LESU ?

Image
Pernah tak anda merungut keletihan, kelesuan, tak terdaya nak buat apa-apa kerja dah? Ya. Masalah ini sering kali kita dengar. Ramai yang merungut kepenatan walaupun umur masih muda. Yang dah berumur apatah lagi kan. Jadi, apa tindakan kita untuk pastikan masalah letih lesu seperti ini tidak berlaku lagi. Semestinya semua orang mahukan yang terbaik. Mahukan badan yang cergas bertenaga walaupun sibuk dengan urusan kerja seharian. Jom kita tengok dulu video ni.   Atasi Badan Letih Lesu Setiap Kali Travel. Say NO to Panadol or MC Lagi Dah!  from  iReach HD  on  Vimeo . Jadi, apa tindakan anda untuk atasi masalah sering kepenatan dan keletihan itu? Saranan saya, perkara paling utama yang perlu anda titik beratkan ialah soal pemakanan dan gaya hidup yang sihat. Kedua-dua faktor ini sangat penting. Selain daripada itu, anda juga disarankan untuk mengambil makanan tambahan (suplimen semulajadi yang diyakini selamat dan berkesan) untuk membantu anda mengatasi masalah ke...